У нас вы можете посмотреть бесплатно Maulana Asri - Mahzab Az Zahiri & Ibn Hazm или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Abu Daud Az Zahiri Pengenalan Bila kita membaca beberapa kitab kuning seperti Matla’al Badrin, Muniatul Musholli, Sabilal Muhtaden, Bahrul Maazi dan lain-lain, kita pasti akan terjumpa penulis kitab berkenaan akan merujuk juga dengan pandangan mazhab yang telah pupus seperti pandangan Az-Zahiri, Al-Laits, Ishak, As-Sauri dan lain-lain. Kemunculan mazhab-mazhab ini bermula pada awal kurun yang kedua hingga ke kurun yang keempat hijrah. Meskipun mazhab ini telah pupus namun sesetengah pandangan mereka masih dirujuk oleh ulama kemudian dari mereka. Riwayat Hidup Nama sebenar beliau adalah Daud ibn Ali ibn Khalaf al-Ashfihani. Beliau lebih dikenali dengan gelaran Abu Sulaiman al-Zahiri. Beliau dilahirkan di Kufah pada tahun 200 Hijrah(1. Ada pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan pada tahun 202 Hijrah. Pada peringkat permulaannya, Daud al-Zahiri menimba ilmu, berdamping dengan para sahabat, murid Imam Syafi’i serta pernah mengikut mazhab Syafi’i ,bahkan beliau ada mengarang kitab berkenaan dengan manaqib Imam al-Syafie. Mazhabnya di namakan mazhab zahiri kerana beliau berpegang kepad zahir lafaz Al-Quran dan Al-Sunnah. Beliau menolak penggunaan ta’wil dan qias dan penggunaan al-ra’y serta ijtihad yang lain. Oleh itu, dasar mazhabnya adalah nas-nas daripada al-Kitab, al-Sunnah dan Ijma’ sahaja. Namun begitu, selepas itu beliau meninggalkannya serta mengasaskan mazhab tersendiri. Beliau meninggal dunia pada tahun 270 Hijrah.[2] Pendidikan Al-Zahiri pernah dikatakan berhijrah dari Kufah ke Baghdad bagi mempelajari tradisi kenabian dan pentafsiran al-Quran dengan beberapa ulama terkenal pada masa itu, termasuk Abu Thawr, Yahya ibn Ma'in dan Ahmad bin Hanbal. Pada akhir perjalanan pembelajarannya, al-Zahiri merantau ke Nishapur di Greater Khorasan untuk menamatkan pengajian dengan Ishaq Ibnu Rahawaih, di mana pada masa itu Ibnu Rahawaih dianggap sebagai pakar falsafah Sunni yang tradisionalis. Ibn al-Jawzi menyatakan bahawa, ketika al Zahiri belajar dengan Ibn Rahawaih, beliau bersedia untuk berdebat dengan Ibn Rahawaih mengenai topik-topik agama. Ibn Rahawaih pernah mengkritik Al-Shafie semasa pengajarannya. Perbahasan yang telah berlaku di mana Zahiri mendakwa Ibn Rahawaih tidak memahami titik tolak al-Shafie dalam topik perbincangan tersebut, walaupun Ibnu Hanbal, mengisytiharkan Ibnu Rahawaih menjadi pemenang dalam perbahasan itu. Selepas menamatkan pengajian di Nishapur, al-Zahiri kembali ke Baghdad dan mula menyampaikan pengajaran sendiri.Walaupun ahli sejarah berbeza pendapat mengenai jumlah sebenar pelajar beliau , tetapi mereka sependapat bahawa antara 400 -500 pelajar yang kerap akan menghadiri Majlis beliau. Reputasi beliau merebak di luar Baghdad, bahkan ulama diperingkat tinggi dari tempat lain juga mula mendapatkan nasihat al-Zahiri mengenai topik agama pengajian. Walaupun pandangannya tidak diterima secara universal, tetapi ketika itu tiada percubaan telah dibuat oleh sezamannya untuk mengelakkan dia daripada memberikan fatwa agama. Pelajar beliau yang paling terkenal ialah anaknya Muhammad bin Dawud al-Zahiri, Abdullah, anak kepada Ibn Hanbal, Muhammad ibn Jarir al-Tabari, Niftawayh dan Ruwaym. Zahiri juga merupakan guru kepada ahli undang-undang awal Abd Allah al-Qaysi, yang bertanggungjawab mengasaskan sekolah Zahirite di Al-Andalus.[3] Al Zahiri dikatakan telah berguru dengan Imam Syafie rahimahullah taala dan juga telah berguru dengan Abu Tsaur serta para imam yang lain. Pada mulanya beliau terlalu fanatik dengan Imam Syafie, tetapi beliau telah mengasaskan mazhab beliau yang tersendiri yang dinamakan mazhab Az-Zahiri. Hal ini dikatakan beliau sedikit sebanyak terpengaruh dengan Ibn Rahawiah.[4] Beliau menamakan mazhabnya sebagai mazhab Zahiri kerana beliau mengambil nas-nas dari Al-Quran dan As-Sunnah secara zahir,yang mana jika tiada sebarangnya dalil dari keduanya yang menunjukkan ianya bukan secara zahir,ataupun tiadanya sebarang ijmak yang bercanggah dengan nas yang dipandang secara zahir tersebut. Imam Daud az Zahiri amat berpegang dengan firman Allah Taala ini : “Jika kalian berselisih terhadap sesuatu maka kembalikanlah ianya kepada Allah dan RasulNya” (surah An-Nisa’ : 59) bahkan telah menjadikan ayat Allah ini sebagai asas utama mazhabnya. Oleh kerana itu, beliau amat berpegang dengan dalil-dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dan Ijmak para ulama’ ummah. Beliau menolak pada beramal dengan hujah Al-Qiyas dan Al-Istihsan dan juga dalil-dalil syarak yang lain.[5] Beliau juga boleh dikategorikan sebagai penghafaz hadith nabi dan juga merupakan imam yang tersangat berpegang dengan dalil dari As-Sunnah, bahkan terlalu fanatik di dalam mengambilnya sebagai dalil hukum syarak. Dikatakan juga beliau merupakan imam yang sangat faqih, mujtahid. Mazhab beliau ini telah tersebar luas di Baghdad dan juga di Andalus,yang mana Al-Faqih Ali Bin Ahmad Bin Said Bin Hazm Al-Andalusi merupakan imam yang telah menyebarkan mazhabnya ini di sana bahkan telah mempertahankan mazhab ini.