У нас вы можете посмотреть бесплатно PUTU PERAK ZUL|Kuih Warisan Perak yang Viral di Muar!! Orang Muar Memang Supportive & Suka Makan😋😍 или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
PUTU PERAK ZUL Putu Warisan Perak Gerai menjual putu Perak ini merupakan sebuah gerai jalanan yang baru saja memulakan perniagaannya di Taman Pertama Indah, Sungai Abong, Muar pada September 2021. Gerai ini dimiliki dan diusahakan secara kecil-kecilan oleh pasangan suami isteri iaitu En. Rahim dan Kak Ana. Pasangan suami isteri ini membuat keputusan untuk membuka gerai menjual putu Perak ini semasa PKP 3.0 lepas dan selepas sebulan beroperasi, gerai ini telah menerima sambutan yang di luar jangkaan dan amat menggalakkan daripada penduduk di sekitar Muar dan juga dari luar daerah Muar. Gerai Putu Perak Zul di Taman Pertama Indah ini merupakan cawangan pertama yang dibuka di Muar dan negeri Johor!! Berbekalkan ilmu dan pengalaman Kak Ana sendiri yang merupakan anak jati negeri Perak, serta mewarisi perniagaan kuih ini daripada keluarganya di Perak, beliau bersama suaminya bertindak untuk mengasaskan perniagaan kuih warisan negeri Perak ini di Muar khas untuk dinikmati sendiri oleh orang Muar dan Johor amnya. Resipi putu warisan ini dibawa terus dari Perak dan menerima sedikit pengubahsuaian mengikut citarasa semasa. Seakan-akan kuih putu bambu, putu mayam dan putu piring yang biasa dijual di Muar dan Johor, putu Perak ini memiliki sedikit kelainan dari segi bahan dan peralatan membuat yang digunakan seperti tepung beras, bekas acuan dan alat pengukusnya. Namun, walau apapun kelainannya, putu Perak ini juga merupakan salah satu kuih warisan bangsa yang perlu terus dijaga dan dipelihara kewujusan serta keasliannya. Menu : Putu Perak (RM3.50/sebungkus). Lokasi : Taman Pertama Indah, Sungai Abong, (Berdekatan dengan Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar & Taska Sri Manja Kasih) Hari niaga : Setiap hari (Belum ditetapkan hari cutinya setakat ini). Waktu niaga : 1.00 petang - 6.30 petang. Pertanyaan : 0178221262 (En. Rahim) 01117779054 (Kak Ana) #putuperak #putuperakzul #putuwarisanperak #kuihwarisanperak #berkongsirezeki #indahnyaberkongsirezeki #makanamalkongsi #makansambilberamal #peniagakecil #supportpeniagakecil #makanviral #makanmuar #muarbandardiraja #malaysiastreetfood #streetfoodchannel #sahabatjauharchannel