У нас вы можете посмотреть бесплатно APAM BALIK MAK LEHA | Banyaknya Perisa Apam Balik yang Special😍Kalau Boleh, Memang Nak Beli Semua! или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
GERAI APAM BALIK MAK LEHA Gerai apam balik ini dimiliki oleh Makcik Leha bersama suaminya, Pakcik Idris yang berpengalaman selama lebih 20 tahun dalam perniagaan apam balik di pasar malam-pasar malam di sekitar daerah Muar. Tapak gerai terkini di lokasi sekarang baru saja dibuka sejak tahun 2018 secara separuh masa dan ia menjadi lokasi tetap perniagaan apam balik ini sejak tahun 2020 serentak dengan penguatkuasaan PKP oleh kerajaan. Bisnes apam balik Mak Leha ini turut dibantu dan disokong kuat oleh tiga orang anaknya iaitu Sakinah, Saifuddin dan Asyiqin. Walaupun kelihatan kecil, namun Gerai Apam Balik Mak Leha ini memiliki keistimewaannya tersendiri dari segi menu jualan yang ditawarkan. Paling unik dan sukar ditemukan di Muar adalah terdapat 10 perisa apam balik yang dijual di sini dengan jilat harga yang berbeza seperti apam balik jagung cheese, coklat, coklat nestum dan lain- lain lagi. Paling unik ialah apam balik berperisa pulut hitam yang semestinya tidak dijual di mana-mana gerai lain. Selain apam balik, menu utama lain ialah apam bulat atau apam mini berintikan kacang merah dan juga cakoi yang besar dan lembut. Kepelbagaian menu jualan di sini khususnya variasi perisa apam balik menjadikan gerai ini sangat istimewa dan unik dalam caranya tersendiri. Apatah lagi, sangat sukar untuk ditemukan gerai apam balik lain di Muar yang menawarkan kepelbagaian perisa apam balik seperti di gerai ini. Selain itu, terdapat menu sampingan iaitu donut bomboloni pelbagai perisa dan bergedil tauhu. Lokasi : Parit Keroma Darat, Jalan Dato' Haji Kosai, 84000 Muar. Hari niaga : Setiap hari kecuali Isnin. Waktu niaga : 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang. Menu : Apam balik pelbagai perisa. Harga berbeza mengikut perisa (rujuk info dalam video). Apam bulat/apam mini (RM2.00/5 biji) Cakoi (RM1.00/satu batang) Menu sampingan : Donut bomboloni pelbagai perisa (RM5.00/4 biji) : Bergedil tauhu (RM5.00/5 biji) Untuk tempahan : 0137737832 (Saifuddin) #sahabatjauharchannel #apambalikmuar #apambalik #apambalikpelbagaiperisa #peniagakecil #supportpeniagakecil #borongdanbelanja #berkongsirezeki #indahnyaberkongsirezeki #makanamalkongsi #makansambilberamal #makanmuar #makansedap #makanmurah #bomboloni #cakoi #bergediltauhu #apambulat #apammini #streetfoodchannel #malaysiastreetfood