У нас вы можете посмотреть бесплатно Kalau SPRM Tak Bebas, Semua Jadi Sama Je или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Kontroversi demi kontroversi berkenaan isu rasuah ini kalau dibiarkan, dia bukan sekadar “isu media sosial”. Dia boleh jadi malapetaka kepada PH dan PKR, sebab satu perkara yang orang selalu lupa: dalam mana-mana parti pun, memang ada yang “makan”. Bezanya cuma bentuk. Zaman UMNO, yang bawa beg duit pakai suit, tie, songkok. Kalau PAS, kopiah. Kalau PKR, mungkin beg kepit. Tapi budaya dia sama: ada kumpulan dengan 𝘷𝘦𝘴𝘵𝘦𝘥 𝘪𝘯𝘵𝘦𝘳𝘦𝘴𝘵 yang tak pernah pupus. Kerajaan bertukar macam mana pun, kumpulan ini tetap ada. Sebab kita datang daripada budaya politik yang orang biasa pun, kadang-kadang, dah “redha” wakil rakyat ambil duit 300 ribu sini, 1 juta sana, dia tak kisah pun. Kenapa? Sebab dalam kepala dia, “dia kena ada duit sebab nanti dia kena bagi kat aku.” Macam “lambai dapat 100”, kalau dia tak ada duit, macam mana dia nak bagi? Duit itu datang dari mana, dia makan duit ke apa itu “hal dia”. Yang penting ada bahagian untuk dia. Kalau seperti itu pemikiran masyarakat, lagi-lagi bila SPRM pula nampak tak bebas, habislah. Bila kebebasan SPRM dipersoalkan, setiap pendakwaan akan jadi bahan: “pendakwaan terpilih”. Paling bahaya, bila perkara itu dah melekat dalam kepala rakyat, kes yang betul pun nanti orang akan sapu bawah karpet sebab “alah, game politik je.” Lihatlah kes-kes terbaru. Ada kes masuk mahkamah, tetapi penyokong-penyokong tertentu diam. Tak ada kesan. Sebab naratif “terpilih” tu semakin kuat: kononnya nak tutup kes lain, kononnya ada motif. Itu kerugian besar untuk PH/PKR sebab selepas ini, sebarang kes melibatkan PAS, Bersatu, UMNO semua orang boleh menolak dengan senang, “tak ada apa pun.” Kesan jangka panjang dia? Usaha nak membersihkan budaya politik daripada rasuah semakin pudar. Kita menjadi negara yang dah tak percaya kepada institusi. Apabila rakyat dah tak percaya, tidak ada reformasi yang hidup. Saya cakap benda ini bukan sebab saya ada “personal” dengan sesiapa. Saya tak ada kawan SPRM, saya tak pernah panggil pegawai pergi lepak. Itu kerja dia, biar dia bebas. Tetapi kalau sampai kontrak disambung kali ke-4, dan persepsi rakyat tentang SPRM tak berubah, habis semua “berteras rasuah” yang dilaungkan menjadi seperti mencurah air ke daun keladi. Yang paling sakit: berbelas tahun kita bina imej dan kredibiliti sebagai anti-rasuah, keluar masuk kes, risiko peribadi, tenaga, masa, tiba-tiba menjadi sia-sia kalau akhirnya PKR/PH diletakkan sama dengan parti lain. Apabila 𝘤𝘳𝘦𝘥𝘦𝘯𝘵𝘪𝘢𝘭 anti-rasuah hilang, saya tanya satu soalan mudah: PKR nak jual apa lagi kepada rakyat? Sebab itu saya akan terus bercakap, sekurang-kurangnya supaya masih ada saki-baki rakyat yang meraskan 𝘢𝘭𝘭 𝘪𝘴 𝘯𝘰𝘵 𝘭𝘰𝘴𝘵 dalam PKR/PH.