У нас вы можете посмотреть бесплатно KEAKRABAN M. NASIR DAN PMX SEBAB? DULU TUN.M HALANG KARIER! PMX SELAMATKAN! или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Alhamdulillah, dalam semangat Syawal yang mulia, saya diberi ruang untuk bersama rakyat Pahang di Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Negeri, yakni sebuah pertemuan yang bukan sekadar menghidupkan tradisi, tetapi memperkukuh tekad dan harapan yang dikongsi bersama. Di bumi yang marak dengan budaya, adat dan warisan ini, saya mengungkap betapa pentingnya hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Ia bukan sekadar sebuah struktur pentadbiran tetapi merupakan jambatan keyakinan, ruang perpaduan dan wahana untuk menjulang martabat rakyat. Bila kita berpadu, kita mampu menggandakan keberhasilan; bila kita sejiwa, tiada yang mustahil untuk dicapai. Saya juga perteguh iltizam terhadap prinsip tadbir urus yang berhemah, telus dan berteraskan integriti. Ia adalah cetusan kebijakan yang dibentuk dari nurani yang mendambakan sebuah tatanan yang bebas daripada belenggu ketirisan dan rasuah. Hanya dengan pentadbiran yang jujur dan amanah, kita mampu menjana hasil yang mencukupi untuk dilimpahkan semula kepada rakyat terbanyak. Atas sikap sebegitu kita dapat tingkatkan bantuan tunai kepada rakyat, serta meningkat gaji penjawat awam sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang saban hari memastikan negara terus berfungsi. Semua ini hasil daripada dasar fiskal yang cermat, pengurusan cukai yang cekap, dan keberanian membuat keputusan yang betul, meski tidak selalu popular dan disanggah hebat. Tetapi di sebalik angka, dasar dan pencapaian, terdapat satu sumber kekuatan yang tidak ternilai iaitu kesatuan rakyat Malaysia. Di setiap wajah yang saya temui, saya melihat semangat perpaduan yang tidak mampu dilakonkan. Semangat ini yang memberi saya nafas dan kekuatan untuk terus melangkah. Semangat ini yang mengingatkan saya bahawa perjuangan ini bukan untuk diri saya, tetapi untuk anak-anak kita, untuk cucu-cicit kita, untuk Malaysia yang lebih gagah. Saya turut tegaskan betapa Aidilfitri ini bukan sekadar perayaan. Ia adalah cerminan kemaafan, kesyukuran dan harapan baru. Maka mari bersama bina negara ini bukan dengan caci cerca, tetapi dengan kasih dan hikmah. Bukan dengan dendam kesumat, tetapi dengan semangat baru yang teguh dan membara. Daripada bumi Pahang yang damai ini, saya membawa pulang semangat rakyat untuk saya genggam erat sebagai mercu perjuangan demi Malaysia yang bersatu, bermaruah dan berjiwa madani. Sumber Video YT DS ANWar Ibrahim #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #dsanwaribrahimpm10 Join this channel to get access to perks: / @oraitnopochannel