У нас вы можете посмотреть бесплатно IHYA AL-MAWAT PART 1 - MUAMALAT DARJAH 6 или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
SETAKAT MANAKAH HAK DALAM BENTUK IHYA' AL-MAWAT BOLEH DILAKSANAKAN DALAM SITUASI SEMASA KHUSUSNYA DI MALAYSIA Dari segi bahasa, Ihya’ bererti menghidupkan dan mawat pula berasal dari maut yang bererti mati atau wafat.[1] Pengertian al-mawat menurut al-Rafi’i ialah: “Tanah yang tidak ada pemiliknya dan tidak ada yang memanfaatkannya seorang pun.” Menurut Imam al-Mawardi dalam kitab Al-Iqna’al-Khatib, yang dimaksudkan dengan al-mawat menurut istilah adalah “Tidak ada yang menanami, tidak ada halangan kerana yang menanami, baik dekat dari yang menanami maupun jauh.”[2] Menurut Syaikh Syibab al-Din Qalyubi wa Umairah dalam kitabnya Qalyubi wa Umairah bahawa yang dimaksudkan dengan Ihya’ al-mawat adalah: Menyuburkan tanah yang tidak subur.[3] Pemilikan secara Ihya’ al-mawat adalah pemilikan yang diperolehi dengan melakukan sesuatu perbuatan seperti penerokaan. Maka secara ringkasnya hak dalam bentuk Ihya’ al-mawat bermaksud hak ke atas penerokaan tanah terbiar yang tidak dimiliki oleh sesiapa dan tidak ada yang memanfaatkannya. Sehubungan dengan itu tanah mawat bermaksud tanah yang tidak dimanfaatkannya oleh sesiapa. Sekiranya tanah tersebut digunakan untuk mencari kayu api, sebagai tempat tadahan air, tempat makan binatang ternak maka ia bukanlah tanah mawat kerana ianya dimanfaatkan oleh masyarakat walaupun tidak ada pemiliknya. Penerokaan tanah sedemikian adalah tidak sah kerana akan menyebabkan kemudaratan kepada masyarakat yang memanfaatkan sumber dari tanah berkenaan. Sumber hukum yang digunakan oleh para ulama mengenai Ihya al-mawat antaranya adalah berdasarkan hadith berikut:- Dari Aisyah r.a bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud:- “Siapa yang membuka tanah yang tidak berpunya, dialah yang lebih berhak memilikinya” (Riwayat Bukhari)[4]. Juga hadith yang disampaikan oleh Imam al-Nasa’i bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membuka tanah yang belum dimiliki seseorang, maka dia mendapat ganjaran dan tanaman yang dimakan haiwan adalah sedekah”.[5] Sebelum Ihya’ dilakukan, terdapat aktiviti yang dinamakan al-Tahjir (meletakkan batu tanda). Ia adalah untuk memaklumkan keinginan seseorang untuk meneroka tanah berkenaan. Al-Tahjir ini mensabitkan hak keutamaan untuk meneroka sahaja iaitu ianya boleh menghalang seorang lain dari meneroka tanah tersebut selama tiga tahun. Namun terdapat perselisihan ulama dalam hal ini samada hak yang diperolehi ini adalah dari aspek agama sahaja atau agama dan undang-undang. [6] Dalam Ihya’ al-mawat, terdapat syarat-syarat untuk melakukan penerokaan antaranya mendapat keizinan pemerintah dan seseorang itu hendaklah melakukan kerja penerokaan.[7] Namun begitu para ulama berselisih pendapat dalam hal ini.[8] Menurut Imam Abu Hanifah, seseorang yang ingin meneroka tanah perlu mendapat keizinan pemerintah terlebih dahulu manakala menurut Abu Yusuf, Muhammad, fuqaha Syafi’e dan Hanbali, izin dari pemerintah bukanlah syarat yang perlu dipenuhi oleh peneroka.[9] Fuqaha Maliki pula menyatakan bahawa jika tanah yang hendak diteroka itu berdekatan dengan kawasan pembangunan, maka disyaratkan mendapat izin pemerintah terlebih dahulu.[10] Dari segi melakukan kerja penerokaan, para fuqaha tidak menentukan bentuk kerja yang perlu dilakukan asalkan kerja yang dilakukan menjadikan tanah tersebut boleh dimanfaatkan. [11] Ianya terpulang kepada situasi dan keadaan. Di dalam konteks situasi semasa, adalah agak sukar untuk menemui dan mengenali tanah mawat. Kerajaan kebanyakan negara kebiasaannya akan mewartakan sesuatu kawasan tersebut sebagai hutan simpan, kawasan tadahan air, hutan simpan hidupan liar dan sebagainya. Ini dilaksanakan antaranya bagi melindungi hutan-hutan berkenaan agar terpelihara dari aktiviti-aktiviti manusia yang boleh merosakkan keseimbangan ekosistem yang penting kepada kehidupan manusia secara keseluruhannya. Para penonton boleh membaca penuh artikel penerangan nukilan oleh saudara Zuraini ini pada link yang saya sediakan dibawah : http://zuraini73.blogspot.com/2013/06...