У нас вы можете посмотреть бесплатно PODCAST DR M Episod 13 : Turun Anwar, Daim & Representasi Kaum India | 4K или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Baru-baru ini, kehadiran Tun Dr Mahathir ke Himpunan Turun Anwar menimbulkan pelbagai reaksi. Ada yang mempertikaikan, tidak kurang juga yang menyokong. Dalam PODCAST DR M Episod 13 bersama moderator jemputan, Shamsul Akmar, Tun tampil menjelaskan sendiri mengapa beliau memilih untuk hadir ke himpunan tersebut — bukan sekadar satu bentuk bantahan, tetapi sebagai simbolik kepada kekecewaan rakyat terhadap kepimpinan hari ini. Episod kali ini turut menyentuh isu berkaitan Allahyarham Tun Daim Zainuddin, tokoh ekonomi yang banyak berjasa kepada negara dan bangsa Melayu. Tun Mahathir berkongsi kisah bagaimana Daim, yang pernah menjadi rakan seperjuangan dalam membangunkan ekonomi negara, kini terus dijadikan sasaran serangan politik, meskipun beliau sudah tiada untuk mempertahankan diri. Tun Mahathir juga mengimbau kembali bagaimana semasa kepimpinannya dalam Barisan Nasional, kaum India diberikan ruang dan kepercayaan untuk memainkan peranan penting dalam kerajaan. Beliau menegaskan bahawa wakil kaum India bukan sekadar simbolik, tetapi benar-benar diberi tempat dan tanggungjawab dalam struktur pemerintahan negara. Ikuti PODCAST DR M Episod 13 di YouTube & Spotify