У нас вы можете посмотреть бесплатно Keberkatan Cahaya Zikir Dari Bumi Pahang | Shaykh Dr. Jahid Sidek Al-Khalidi или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
▫️Program: Kuliah Tasawuf Online ▫️Tajuk: Bumi Pahang Ber zikir ▫️Oleh: Tuan Guru Dr. Hj Jahid Bin Hj. Sidek Al-Khalidi ▫️Lokasi: Manarah Studio, Bangunan Astana BUDI, Lorong Beringin, Batu 17, Kuang, Sungai Buloh-Selangor. ▫️Hari/Tanggal: Ahad/22 Ogos 2021. #manarah_drjahid #keberkatan_cahaya_zikir #bumi_pahang __ Anjuran Bersama: 1. Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah (PEKDIS) Cawangan Pahang 2. Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) __ Tajuk diatas mengandungi 3 aspek penggalan kata atau ayat. Tentunya huraian ini merujuk kepada beberapa sumber yang pernah disampaikan oleh Shaykh Dr. Jahid Sidek: 1. KEBERKATAN Keberkatan (barakah) itu berasal daripada syafaat yang Allah kurniakan kepada Nabi Muhammad SAW. Oleh itu keberkatan itu mempunyai tiga ciri: a. Barakah itu ialah kebaikan zahir mahupun batin yang dilimpahkan oleh Allah; b. Kebaikan yang Allah kurniakan itu bertambah-tambah (tidak berkurang); dan c. Barakah itu kekal sehingga boleh kita nikmati di dunia dan akhirat nanti. (Sila rujuk video pada minit ke-00:20:33 hingga 00:23:55 • Kelebihan Amalan Ayat Manzil |The Advantag... ) 2. CAHAYA ZIKIR Didapati bahawa Cahaya Zikir itu sebagai “Kendaraan Bagi Hati & Sirr”. الاَنوار مطايا القلوب والاَسرار “Pelbagai cahaya (yang Allah warid-kan) adalah kendaraan Hati Dan Sirr”. Menerusi kalam hikmah diatas, cahaya yang dimaksudkan oleh Ibnu Atha’illah ada tiga jenis: 1. Nur al-Intibah Menjadikan hati sedar (yaqazah) daripada lalainya (ghaflah) hati, kemudian hati hidup dan bercahaya. 2. Nur al-Iqbal Cahaya yang menjadikan hati dan ruh kuat berfokus kepada Allah (hudur ma’a Allah) selanjutnya menjadikan orang yang menerimanya suka dan gembira untuk beribadah kepada Allah. 3. Nur al-Wisol Cahaya zikir yang menyampaikan seorang Salik menuju Darjat Ihsan dan menjadikan seorang Salik tersebut ‘Arif lagi Kamil. Ketiga-tiga cahaya tersebut akan Allah kurniakan dengan menerusi sentiasa berzikrullah, terutamanya zikir darojat yang diajarkan oleh mana-mana tarekat dengan bimbingan Guru Mursyid. Selanjutnya timbul soalan: “Bukankah bila sudah solat, puasa dan zakat serta bertingkah laku baik, sedekah, semua itu ada cahaya? Jawabnya; Ada. Tetapi cahaya-cahaya tersebut tidak cukup kuat untuk menjadi kendaraan hati yang membawa pada Darjat Ihsan atau makrifatullah. Dengan ini kita dapat jawaban apabila ada orang bertanya: Saya sudah beriman, sudah melaksanakan rukun Islam yang lima, pernah belajar ke Al-Azhar, ada ijazah MA, Bidang Syariah, Perlukah saya berzikir? Maka kita jawab: Perlu! Sebab menurut sesetengah orang sufi, tanpa zikir destinasi yang dituju menjadi jauh dan keadaan perjalanan sangat lambat seperti orang berjalan mengesot yang tidak akan sampai ke destinasi sampailah dia meninggal dunia. (rujukan:https://drjahidsidek.wordpress.com/.....) 3. DARI BUMI PAHANG Hal ini merujuk kepada fakta sejarah bahawa Shaykh Dr. Jahid Bin Sidek mengambil Bai’ah dan diajarkan Talqin Zikir serta Bersuluk dengan Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah dibawah bimbingan guru beliau, iaitu Shaykh Imam Hj. Ishaq Bin Muhammad 'Arif al-Rawi QS. (1908-1992) di Surau Suluk, Kampung Jeram Bangkin, Dong Raub Pahang. Rumusannya, huraian kuliah tasawuf online yang disampaikan oleh Shaykh Dr. Jahid Sidek Al-Khalidi bertajuk "Bumi Pahang Berzikir" yang telah dianjurkan oleh PEKDIS Cawangan Pahang dan Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia bertepatan dengan tajuk video: "Keberkatan Cahaya Zikir Dari Bumi Pahang". Semoga pengantar ringkas berkaitan tajuk ini bermanfaat bagi sesiapa yang mahu berjinak-jinak belajar tasawuf dan beramal dengan mana-mana tarekat. __ Klik Subscribe untuk video-video terbaru : / @manarahdrjahid __ Follow Facebook kami / manarahshaykhdrjahid __ Copyright ©️ 2021 Manarah DrJahid, All rights reserved. Please Share. TQ :) Terima Kasih Kerana Sudah Menonton. jom dakwah malam senin ustaz adnin naufal isa asma harun