У нас вы можете посмотреть бесплатно Cikgu Yew Ko Woo (Finalis 5 Teratas Malaysia Teacher Prize 2025) или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Cikgu Yew Ko Woo, Guru Pendidikan Seni Visual di SMK Methodist Sibu, Sarawak, merupakan salah seorang Finalis 5 Teratas Malaysia Teacher Prize 2025. Selama lebih 30 tahun, beliau mengajar murid-murid yang kebanyakannya tidak memilih subjek ini atas minat sendiri, namun beliau percaya setiap murid berhak mendapat peluang untuk berkembang. Bilik darjah Seni Visual di bawah bimbingannya menjadi ruang kreativiti dan inspirasi, dimana murid belajar berfikir kritis, berani mencuba dan mengekspresikan diri melalui seni. Beliau mencipta MYSVKit, kit pembelajaran berasaskan permainan, menubuhkan Bengkel Impian, dan mengetuai projek mural komuniti. Selain itu, Cikgu Yew turut menganjurkan pameran seni amal seperti program “Warna-Warna Harapan” yang mempamerkan karya murid untuk tatapan umum. Hasil jualan karya ini disalurkan semula bagi membantu murid kurang berkemampuan mendapatkan peralatan seni dan menyertai bengkel seni, sekali gus memastikan bakat mereka terus disokong. Hasilnya, murid mula menyertai pertandingan seni peringkat kebangsaan, Kelab Seni Visual diiktiraf sebagai “Kelab Seni Paling Berinspirasi di Malaysia,” dan pada 2021, murid-muridnya mencatat purata PNGK 3.97 dalam STPM. Bagi Cikgu Yew, tiada murid yang gagal; mereka hanya memerlukan peluang, ruang, dan seorang guru yang percaya kepada mereka. Dedikasinya membuktikan bahawa pendidikan seni mampu mengubah hidup murid dan membuka jalan kepada pencapaian luar biasa. The Power of a Teacher, The Potential of a Nation #MalaysiaTeacherPrize #MTP2025 #PEMIMPIN #CikguMalaysia #InspiringEducators #PrideOfMalaysia #EducationForTheFuture #CikguHebat #SelangkahBersama #MTPSummit2025