У нас вы можете посмотреть бесплатно Bila Politik Wang Buka Pintu Kepada Mafia или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Bila saya cakap pasal mafia korporat, saya bukan cakap pasal seorang dua individu. Saya cakap pasal sistem yang bobrok. Masalahnya bermula bila politik terlalu bertuhankan wang. Orang dinilai bukan pada prinsip atau amanah, tetapi pada berapa banyak duit dia ada, berapa banyak dia boleh tabur, dan berapa besar pengaruh yang dia boleh beli. Sebab itu saya selalu kata, soal dasar kita boleh berbeza pandangan. Soal subsidi, populisme, pendekatan ekonomi, itu biasa. Tapi soal rasuah saya tak boleh terima. Tambah pula kalau ada tuduhan bahawa kerajaan dan agensi penguatkuasa boleh terdedah kepada pengaruh kongsi gelap. Yang itu saya memang tak boleh telan. Bagi saya, puncanya jelas. Politik wang, kontrak besar yang jadi rebutan, dan campur tangan politik dalam pentadbiran. Bila pegawai kerajaan mula meneka siapa paling berpengaruh untuk diikut, bukan lagi pegang amanah ikut peraturan, masa itu sistem sudah rosak dari dalam. Kerajaan boleh bertukar ganti, tetapi kalau budaya wang, budaya kontrak, dan budaya campur tangan ini tidak dipecahkan, kita akan ulang krisis yang sama lagi dan lagi. Nama pelakonnya sahaja bertukar. Kalau sistem boleh dibeli, akhirnya negara pun boleh dijual. Tonton kupasan lanjut isu mafia korporat di Podcast YBM Episod 40: • Mafia Korporat: Yang Tersurat dan Tersirat...