У нас вы можете посмотреть бесплатно Latihan Kepaze Day 6 of 7 Days или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Latihan Kepaze Day 6 of 7 Days Daripada Salamah bin al-Akwa’ RA berkata: مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى نَفَرٍ مِنْ أَسْلَمَ يَنْتَضِلُونَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ارْمُوا بَنِي إِسْمَاعِيلَ، فَإِنَّ أَبَاكُمْ كَانَ رَامِيًا ارْمُوا Maksudnya: “Nabi SAW telah berjalan di hadapan sekumpulan daripada suku Aslam yang sedang berlumba (dalam menunjukkan kemahiran memanah)”. Maka Nabi SAW bersabda: “Panahlah, wahai bani Ismail kerana sesungguhnya nenek moyang kamu adalah ahli dalam memanah maka panahlah”. [Riwayat al-Bukhari (2899) (3373) (3507)] Daripada Uqbah bin Amir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda ketika di atas mimbar: وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ [الأنفال: 60]، أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ، أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ، أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ Maksudnya: “Dan sedialah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah/menembak), ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah/menembak), ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah/menembak)”. [Riwayat Muslim (1917)] Asas memanah: Latihan Kepaze Ini adalah kerja rumah yang perlu dilakukan setiap peserta yang mengikuti KELAS MEMANAH TRADISIONAL GAYA TURKI yang diajarkan oleh Hoca (Cikgu, Guru) Anwar, dari Kelab Panahan Tradisional Gaya Turki yang dianjurkan bersama Awesome Archery. Untuk pelajarinya, klick sini: • Cara Memanah Gaya Turki @ Uthmaniyah - Kep... Latihan senaman Kepaze ini telah diajar sebagai persediaan bagi para pemanah untuk menguatkan otot yang digunakan semasa memanah. Cabarannya adalah untuk melakukannya 7 hari berturut-turut. Jika dilakukan selama 21 hari, insyaAllah amalan menjadi kekal. Busur longgar (dicadangkan 10-15 pound, dalam video ini saya gunakan ROLAN SNAKE 60" - 26 LBS kerana ini sahaja yang saya ada) yang digunakan untuk melatih pemula disebut busur kepade / kepaze dalam memanah Turki. Busur ini digunakan untuk latihan memegang dan menarik. Sebelum mencapai tahap menembak busur yang lebih sukar, kekerapan menembak harus dibatasi beberapa jumlah tertentu setiap hari (sekurang-kurangnya 66 kali sehari - 33 kanan, 33 kiri) supaya tidak memaksa anda begitu keras, dan kekerapan menembak semestinya meningkat kemudiannya, melalui pengalaman. Anda boleh rujuk disini: • MEMANAH GAYA TURKI - HOCA ANWAR Sila follow video Bro Syamil: / awesomearchery #kepazemalaysia #turkisharchery #kepazechallenge #Malaysia #traditionalarchery #training #memanah #tradisional