У нас вы можете посмотреть бесплатно SEND-OFF MANTAN PENGARAH UGAT KE - 11 или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
6 Januari 2026, KUALA LUMPUR - Warga Jabatanarah Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) telah menghadiri acara 𝑆𝑒𝑛𝑑 𝑂𝑓𝑓 bagi meraikan YBhg Brigedier Jeneral Dato’ Zamzuri bin Harun, Mantan Pengarah Urusan Gaji Angkatan Tentera Ke-11, yang telah berlangsung dengan penuh tertib dan penghormatan bertempat di Jabatanarah UGAT. Acara ini diadakan sebagai manifestasi penghargaan dan penghormatan terakhir daripada seluruh warga UGAT atas kepimpinan, dedikasi serta komitmen tinggi yang telah ditunjukkan oleh YBhg Brigedier Jeneral Dato’ Zamzuri bin Harun sepanjang menerajui UGAT. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, pelbagai inisiatif penambahbaikan dan pemerkasaan sistem pengurusan gaji Angkatan Tentera telah berjaya dilaksanakan dengan berkesan dan berintegriti. Sebagai simbolik penamatan tugas, sebelum meninggalkan Jabatanarah UGAT, YBhg Brigedier Jeneral Dato’ Zamzuri bin Harun telah menanggalkan tanda nama beliau di Pejabat Pengarah UGAT, melambangkan berakhirnya amanah dan tanggungjawab beliau sebagai Pengarah UGAT Ke-11. Detik tersebut berlangsung dalam suasana penuh rasa hormat dan penghargaan daripada seluruh warga jabatan. Seluruh warga Kor Perkhidmatan Am (Gaji) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg Brigedier Jeneral Dato’ Zamzuri bin Harun atas segala sumbangan, jasa bakti dan kepimpinan cemerlang yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau dalam Angkatan Tentera Malaysia amnya dan Kor Perkhidmatan Am (Gaji) khasnya. Semoga segala khidmat bakti yang telah dicurahkan menjadi legasi berterusan dan dicatat sebagai satu episod kecemerlangan dalam sejarah pengurusan UGAT. Warga UGAT mendoakan agar YBhg Brigedier Jeneral Dato’ Zamzuri bin Harun sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi pada masa hadapan. 🎥 Kpl Mohd Anuar Auzaie #ATMSentiasaBersepadu #AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara #DutyHonourSacrifice #KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama #PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan #TenteraDaratMalaysia #GagahSetia #Berbakti #GajiSempurnaMoralTerpelihara