У нас вы можете посмотреть бесплатно Menjejak Warisan Melayu Thailand: Dari Seri Gading ke Sungai Bang Nara или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Jom ikuti kembara santai kami ..... Dari cerita Tok Nebe Ming tentang Seri Gading hingga ke Sungai Bang Nara, perjalanan ini merakam warisan, budaya, dan kehidupan masyarakat Melayu/Thailand yang masih utuh. Kami singgah di Seri Gading, menyelami kisah warisan yang “bukan untuk dijual, tapi untuk diingat.” Dari situ, kami ke River Ramp Resort, penginapan cantik dan mendamaikan ditepian Sungai Bang Nara. Esok pagi kami berkayuh ke kawasan Ao Manao, pantai yang menjadi sebahagian daripada taman negara, kaya dengan ekosistem laut dan hutan bakau. Perjalanan diteruskan ke Ban Pulaukapa @ Pulau Kapas, sebuah perkampungan nelayan di muara Bang Nara, dimana kami ke sebuah pulau yang majoriti penduduknya adalah nelayan. Menyapa penduduk, melihat kolam ternakan, dan mendengar cerita dan bersarapan makanan tempatan yang sungguh murah Tidak berhenti di situ, kami menelusuri jalan selari dengan Sungai Bang Nara, terpukau dengan sebuah pulau besar di tengah sungai. Pulau seluas 50 ekar ini dihubungkan jambatan pintu air sepanjang meter ±15 0meter. Ia sebahagian daripada Projek Inisiatif Diraja untuk menghalang air masin dan menyimpan air tawar bagi pertanian serta kegunaan harian. Pulau ini juga menempatkan pusat pentadbiran, pejabat pengairan, dan kuarters rasmi, menjadikannya nadi pengurusan sumber air di Narathiwat. Walaupun perjalanan kali ini terpaksa dipendekkan, masih banyak tempat yang menanti untuk diterokai, masih banyak cerita yang belum sempat dirakam. Satu hal pasti, aku akan kembali, kerana keserasian dengan cara hidup masyarakat di sini terlalu berharga untuk dilepaskan. #brompton #bromptonbicycle #bromptonmalaysia #bromptonbike #narathiwat #thailand #localfood