У нас вы можете посмотреть бесплатно PEGUAM PERSOAL LAYANAN BERBEZA TERHADAP ZAMRI VINOTH или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
PEGUAM PERSOAL LAYANAN BERBEZA TERHADAP ZAMRI VINOTH Peguam kepada Zamri Vinoth mempersoalkan layanan berbeza yang diterima anak guamnya berbanding seorang lagi individu, Arun Dorasamy yang turut didakwa di bawah peruntukan undang-undang sama. Muhammad Hariz Md Yusoff berkata, Zamri Vinoth atau Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari serta dikawal ketat oleh polis ketika tiba di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa. Menurutnya, keadaan itu berbeza dengan Arun Dorasamy yang hadir ke Kompleks Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang tanpa digari dan tidak dikawal pihak polis. Beliau berkata, kedua-dua individu itu menghadapi pertuduhan yang sama di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan. Menurutnya, situasi itu menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan wujud layanan tidak sama rata terhadap anak guamnya. Dalam masa sama, beliau turut membangkitkan isu kehadiran Timbalan Menteri Undang-Undang yang dilihat mengiringi Arun Dorasamy ke mahkamah. Muhammad Hariz berkata, keadaan itu juga boleh menimbulkan persepsi seolah-olah terdapat sokongan daripada pihak eksekutif terhadap individu yang sedang berdepan pertuduhan. Terdahulu, Zamri mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan berhubung penganjuran perhimpunan di hadapan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara, bulan lalu. Dalam pada itu, Aktivis, Arumugam Dorasamy turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membuat kenyataan menyebabkan kegentaran awam pada tahun lalu.