У нас вы можете посмотреть бесплатно VIRAL NEWS+ 🇲🇾ILelaki Terkena ‘Nasi Kangkang’ Rakan Sekerja Wanita Dari Negara Seberang или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Baru-baru ini, tular di laman Threads seorang lelaki berkongsi pengalamannya selepas termakan 'nasi kangkang' warga Indonesia, yang dipercayai rakan sekerjanya Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @daniealreza, segalanya bermula apabila dia jatuh hati kepada seorang pekerja kilang di tempat kerjanya. Menurut Danieal, dia suka seorang wanita warga Filipina yang ketika itu ada niat ingin menjadi Muslim. Kebetulan, wanita tersebut berkawan rapat dengan seorang warga Indonesia dan mereka memang ke mana-mana berdua sahaja. Namun, niatnya untuk mendekati wanita Filipina itu sering dihalang oleh kawannya kerana setiap kali mereka ingin keluar bersama, pasti kawannya ikut sekali. Lepas termakan nasi berlauk yang dibawa oleh wanita Indonesia terbabit, lelaki tersebut terus berubah, dan tidak lagi terfikirkan wanita Filipina itu lagi "Sekali suap, aku rasa itu adalah masakan yang paling sedap aku rasa. Masa makan tu, tiba-tiba aku nampak dalam otak aku sekali imbas, muka K yang cantik. "Serius cntik dengan pakaian tradisional jawa. Aku makan sampai habis. Start dari situ, aku cuma fikirkan K ni je. Si K yang aku rasa tak menarik mata aku, tiba-tiba aku rasa dia lah perempuan yang paling cantik sekali dalam dunia ni. "Otak aku sentiasa teringat dekat K. Aku dapat gaji, aku akan dahulukan K ni dulu. Padahal masa tu aku tengah saving duit sebab nak depo rumah. Tapi tak tahu kenapa aku boleh bagi gaji aku hampir semua dekat K sebab K kata nak buat rumah dekat kampung dia," katanya. Keluarga terpaksa cari ustaz dari Pattani untuk berubat Selepas kejadian itu, lelaki tersebut menjadi tidak tentu arah sehingga tak balik rumah kerana merajuk dengan keluarganya. Malah, keluarganya sampai terpaksa menyumbatnya di dalam van dan mengurungnya di rumah. Sehinggalah saat di mana seorang ustaz cuba mengubatinya, di situ akhirnya semua rahsia terbongkar. Rupa-rupanya, ilmu yang digunakan oleh wanita Indonesia berkenaan memang tinggi dan susah untuk melawannya. Itu yang menyebabkan lelaki tersebut menjadi hampir gila. Difahamkan, sehingga kini dia masih mengalami mimpi mistik yang bukan-bukan dan sudah tidak bekerja lagi di kilang itu.