У нас вы можете посмотреть бесплатно Ucapan Anwar Ibrahim di Program Temu Anwar di UPNM (1.11.24) или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Berpeluang berinteraksi bersama anak-anak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Peluang ini saya gunakan untuk berkongsi usaha Kerajaan MADANI bagi melonjak ekonomi negara serta taraf hidup rakyat. Saya juga beri peluang kepada anak-anak untuk bertanya soalan secara terus serta turut menerima pandangan mereka untuk sama-sama membangunkan negara. Ruangan sama turut saya gunakan untuk mengulas terkait budaya buli, gangsterisme dan samseng dalam kalangan anak-anak muda. Untuk itu saya telah arahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk tidak berkompromi dengan perkara ini di institusi pendidikan masing-masing. Isu ini perlu dilihat dengan lebih serius kerana tiada maknanya jik punyai keterampilan dan kepimpinan tanpa nilai, adab serta akhlak yang murni. Soal penggunaan kecerdasan buatan (AI) juga antara yang disentuh yang mana saya nyatakan ia boleh dimanfaatkan sebaiknya dalam pembelajaran jika pelajar tidak meninggalkan budaya membaca dan berfikir secara kritikal untuk menimba ilmu. Selain itu saya sempat juga utarakan soal keusahawanan kepada graduan dan peranan yang boleh dimainkan oleh mereka khususnya mahasiswa UPNM sewaktu Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun depan. Pesanan saya kepada mahasiswa UPNM agar menimba ilmu dengan gigih dan melatih diri agar lebih cekal. Insya-Allah, negara kita bakal melahirkan pegawai tentera yang gagah dan perkasa.