У нас вы можете посмотреть бесплатно Ops Bersepadu Plaza Tol Kuala Terengganu или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
𝗝𝗜𝗠 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔-𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗗𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗔𝗧𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗟𝗔𝗜𝗡 KUALA NERUS, 26 April 2025 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu bersama-sama agensi penguatkuasaan lain telah menjalankan operasi bersepadu di sekitar Kuala Nerus bermula jam 9.00 malam hingga 3.00 pagi. Operasi ini melibatkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Penguatkuasaan JIM Terengganu bersama PDRM, JPJ, LPT, AADK, JAS dan Jabatan Veterinar. Sebanyak 163 individu diperiksa terdiri daripada warganegara Malaysia, Myanmar, Bangladesh, Indonesia, Thailand, Yemen, Pakistan, Nepal, Nigeria dan Perancis. Hasil pemeriksaan, seramai 3 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan, terdiri daripada 2 lelaki dan seorang perempuan berumur antara 30 hingga 35 tahun. Tangkapan melibatkan 1 warga Myanmar (perempuan), 1 warga Bangladesh (lelaki) dan 1 warga Thailand (lelaki). Tangkapan dilakukan di Plaza Tol Kuala Terengganu melibatkan 3 orang PATI yang dikesan tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan telah melanggar syarat pas lawatan sosial. Semua tahanan telah dibawa ke Depot Imigresen Ajil untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda, penjara atau kedua-duanya sebelum diusir keluar negara. JIM Terengganu terus komited dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang imigresen secara bersepadu bersama agensi-agensi lain dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. #Imigresen #PERKASA #JIM #Terengganu #BEREH #ImmigrationWorldClass #MalaysiaMadani #KDN_TogetherWeAreOne #KeselamatanTanggungjawabBersama #JIMTerengganu