У нас вы можете посмотреть бесплатно Ops Sapu & Ops Selera di Kuala Terengganu или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗢𝗣𝗦 𝗦𝗔𝗣𝗨 𝗗𝗔𝗡 𝗢𝗣𝗦 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨, 𝟭𝟰 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟱 – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah melaksanakan operasi penguatkuasaan Ops Sapu dan Ops Selera di sekitar Kuala Terengganu bermula jam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang. Operasi ini dilaksanakan oleh sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Penguatkuasaan JIM Terengganu. Dalam operasi ini, sebanyak dua premis telah diperiksa melibatkan seramai 38 individu. Hasil pemeriksaan, seramai 10 individu warga asing ditahan yang terdiri daripada seorang lelaki warga Myanmar dan sembilan lelaki warga Bangladesh berusia antara 19 hingga 51 tahun. Sebanyak sembilan tangkapan dibuat di sebuah tapak pembinaan di Kampung Pelima, manakala satu tangkapan di sebuah premis kedai makan di Bandar Kuala Terengganu. Kesemua individu yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Ajil untuk siasatan lanjut. Mereka disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan sah dan tinggal melebihi tempoh pas, serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda, penjara, dan seterusnya diusir keluar dari negara. Sepanjang operasi, dua individu tempatan telah diberi notis untuk hadir ke pejabat imigresen bagi tujuan keterangan lanjut dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu kekal komited dalam memastikan penguatkuasaan undang-undang imigresen dilaksanakan secara berterusan demi menjaga kedaulatan negara. #Imigresen #PERKASA #JIM #Terengganu #BEREH #ImmigrationWorldClass #MalaysiaMadani #KDN_TogetherWeAreOne #KeselamatanTanggungjawabBersama #JIMTerengganu