У нас вы можете посмотреть бесплатно EP 26 | 'Buli: saya kecewa dengan sekolah kerajaan!' или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Dalam episod audiosiar Lebih Masa ke-26, hos Nik Nazmi dan Nani Roslan menjemput Prof Dr Tajuddin Rasdi, tokoh akademik dan penulis lantang, membincangkan apa yang disifatkan beliau tentang pandemik buli, sistem pendidikan kepada masa depan politik negara & kenapa PH dan BN wajar terus kekal bersama. Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan sebuah kes menyayat hati iaitu pemergian tragik Zara Qairina Mahathir, pelajar sekolah agama di Sabah yang meninggal dunia & ia menggemparkan negara. Dari situ, perbualan berkembang menjadi satu perdebatan terbuka tentang kegagalan sistem pendidikan awam dalam menangani isu buli, salah laku guru, dan keselamatan pelajar. Nazmi dan Nani turut membedah statistik kes buli: lebih 5,000 kes dicatatkan pada 2023. Mereka juga membincangkan apakah faktor sebenar yang menyumbang kepada krisis ini: kelemahan pentadbiran sekolah, sikap ‘defensive’ pihak pengurusan, sistem kaunseling yang lemah, atau sebenarnya kegagalan politik nasional? Prof Tajuddin memberi pandangan berani dan tajam termasuk hilangnya keyakinan terhadap sistem pendidikan awam, peranan sebenar ibu bapa dalam pencegahan buli, dan kritikan terhadap pendirian KPM yang dianggap retorik dan tidak berpijak di bumi nyata. Beliau juga mengimbas kembali kes-kes buli tragik dari 1999 hingga kini yang tidak sepatutnya dilupakan. Perbualan beralih kepada masa depan PRU16, di mana Prof memberi analisis mendalam tentang landskap politik semasa, bagaimana pengundi bukan Melayu perlu memberi masa kepada Kerajaan Madani. Dalam segmen penutup, Prof berkongsi 3 pesanan penting buat rakyat Malaysia sebelum mengundi. Episod ini bukan sekadar berbicara tentang buli tetapi tentang nasib anak-anak kita, tanggungjawab pemimpin, dan masa depan negara. 00:00 Intro 04:00 Perubahan era 09:40 Statistik buli 12:00 Kita terlalu lembut? 16:00 Pandemik buli 20:25 Reka bentuk sekolah 27:30 Struktur & sistem 40:00 Politik & PH-BN Hos: Nik Nazmi Nik Ahmad: @NikNazmiNikAhmad Nani Roslan: @naniroslan Like, Follow, Share, Subscribe: Tiktok/FB/Instagram/Youtube - @lebihmasa Anda boleh juga ikuti siaran ini secara audio: Spotify/Apple Podcasts - Lebih Masa Ingin jenama anda bersama platform media ke arah Malaysia yang lebih saksama, lestari dan bersatu? Jom bercerita bersama di hello@lebih-masa.com Kredit: PENERBIT EKSEKUTIF: Johan Ariff PENERBIT: Sherry M.Shariff JURUKAMERA: Mamathusin & Alyf Firdaus JURUTEKNIK: Chandra Arjun MONTAGE/GFX/FINAL MIX: Karl Zahbah PENYELIA PENERBITAN: Jacintha Rajah SOCIAL MEDIA MANAGEMENT: Shafwan Zaidon #niknazmi #naniroslan #proftajuddinrasdi #buli #lebihmasa