У нас вы можете посмотреть бесплатно EP 30 | 'Apa dah jadi dengan PKR?' bersama Faizal Rahman или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditubuhkan lebih dua dekad lalu sering dikaitkan dengan agenda reformasi politik di Malaysia. Dari sebuah parti kecil yang lahir daripada desakan rakyat menuntut keadilan, PKR kini berada dalam kedudukan sebagai salah satu parti utama dalam Kerajaan Perpaduan. Namun, persoalan tentang kedudukan sebenar parti itu dalam landskap politik semasa terus diperkatakan. Episod ke-30 audiosiar Lebih Masa menampilkan perbincangan bersama ahli politik muda, Faizal Rahman, yang bersama hos Nik Nazmi dan Nani Roslan mengupas cabaran dan halatuju parti tersebut. Antara isu yang dibincangkan termasuk kedudukan anak muda dalam PKR, dinamika antara generasi baharu dan veteran parti, serta persoalan mengenai nepotisme, merit dan kontroversi undi ghaib yang timbul dalam pemilihan parti baru-baru ini. Perbualan ini juga menyentuh peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, di samping membincangkan persepsi terhadap komunikasi kerajaan yang dilihat masih lemah dalam menangani kritikan rakyat. Hubungan PKR dengan sekutu dalam Kerajaan Perpaduan seperti UMNO dan DAP turut diteliti, khususnya sama ada ia benar-benar utuh di akar umbi atau sekadar bergantung pada kepentingan politik semasa. Lebih daripada sekadar membincangkan perjalanan PKR, episod ini turut menyorot masa depan politik negara secara keseluruhan. Persoalan tentang keupayaan PKR mengekalkan sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang, serta potensi perlunya reformasi baharu dalam parti, menjadi antara tumpuan utama perbincangan. 00:58 Intro 03:50 Latar Belakang 09:15 Kenapa tak pilih PAS 14:50 Putus kawan sebab politik 16:35 Cabaran orang muda dalam KEADILAN 19:10 Ujian kuasa 26:08 Menutup ruang 29:10 Nepotisme 30:49 Harapan Rakyat on Reform 34:57 Pencaturan 40:33 Tak timbul persoalan tentang kesetiaan 42:24 Apa jadi dengan aduan 44:10 Parti pilihan FR 46:10 Bergabung atau tidak untuk kekal 50:19 Siapakah sosok ini 55:20 Gunting dalam lipatan 57:45 Nasihat kepada bakal pengundi Hos: Nik Nazmi Nik Ahmad: @NikNazmiNikAhmad Nani Roslan: @naniroslan Like, Follow, Share, Subscribe: Tiktok/FB/Instagram/Youtube - @lebihmasa Anda boleh juga ikuti siaran ini secara audio: Spotify/Apple Podcasts - Lebih Masa Ingin jenama anda bersama platform media ke arah Malaysia yang lebih saksama, lestari dan bersatu? Jom bercerita bersama di [email protected] Kredit: PENERBIT EKSEKUTIF: Johan Ariff PENERBIT: Sherry M.Shariff JURUKAMERA: Mamathusin & Alyf Firdaus JURUTEKNIK: Chandra Arjun MONTAGE/GFX/FINAL MIX: Karl Zahbah PENYELIA PENERBITAN: Jacintha Rajah SOCIAL MEDIA MANAGEMENT: Shafwan Zaidon #niknazmi #naniroslan #faizalrahman #politik #lebihmasa