У нас вы можете посмотреть бесплатно CODE PINK DRILL-PMC или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Putra Medical Centre Alor Setar (PMC) mengadakan Code Pink Drill, iaitu latihan khusus bagi meningkatkan kesiapsiagaan semua staf sekiranya berlaku kehilangan bayi di dalam premis hospital. Latihan ini memberi pendedahan jelas tentang langkah-langkah yang perlu diambil apabila situasi ini berlaku, termasuk mengaktifkan amaran keselamatan, menutup semua pintu keluar, menjalankan pemeriksaan menyeluruh di zon yang ditetapkan, serta memastikan komunikasi pantas antara semua jabatan yang terlibat. Setiap staf dilatih untuk bertindak secara teratur, cepat dan tepat bagi memastikan keselamatan bayi terjamin dan risiko dapat dikurangkan. PMC turut melaksanakan Code Gray Drill, iaitu latihan menghadapi situasi apabila ibu bapa bertindak agresif atau mengamuk selepas menyedari kehilangan bayi. Dalam situasi ini, semua staf memainkan peranan dalam memastikan keselamatan persekitaran, manakala pasukan IMERT (Incident Management Emergency Response Team) bertanggungjawab mengurus dan menenangkan keadaan. IMERT dilatih menggunakan teknik de-escalation, komunikasi efektif, pengurusan emosi, kawalan keselamatan fizikal serta koordinasi tindakan bersama pasukan keselamatan dan staf yang berhampiran. Usaha ini memastikan keadaan kekal terkawal tanpa mencetuskan konflik yang lebih serius. Melalui kedua-dua latihan ini, seluruh warga kerja PMC dan pasukan IMERT diperkasakan dengan pengetahuan, kemahiran serta respons pantas dalam menghadapi situasi kecemasan sebenar. Kesediaan hari ini mampu melindungi nyawa pada masa hadapan. #PutraMedicalCentre #PMCKitaJagaKita #CodePinkDrill #CodeGrayDrill #IMERT #HospitalSafety #KesiapsiagaanPMC #PatientSafety #EmergencyPreparedness